Thursday, August 12, 2010

Hajat tidak kesampaian itu tanda kasih Allah?


Konfrantasi Minda
Pertama kali dalam diri ini berhajat untuk menyampaikan sesuatu yang berat di mulut kepada kedua ibubapa setelah mengambil masa yang agak lama cuba memberi 'hint' kepada mereka. Seperti kebiasaanya mereka yang berumur sepertiku ini dan baru sahaja mengorak langkah ke alam sunnah(25tahun) untuk melakukan perkara ini mula membuahkan semangat.Saya pun turut memilihnya sebagai alasan buat diriku untuk diucapkan kepada mereka yang bertanya walhal hakikat yang lebih sebenar hanya Allah saja yang lebih tahu. Akan tetapi cubaan untuk rundingan ini tidak beroleh kejayaan malah ianya memberi sebuah kesan yang mengucar-kacirkan diri saya.

Cubaan kedua di cuba lagi setelah beberapa bulan cuba menenangkan diri dan memikirkan dengan lebih mendalam atas keputusan yang dibuat. Ketika subuh mula menyinsing, tiga ahli keluarga ini sedang duduk di meja bersama-sama mebincangkan akan hal ini dengan lebih serius. Perbualannya adalah seperti perbualan kebiasaan ibu bapa kepada anak-anak bagiku ketika itu. Bila hajat yang diingin mula tidak kesampaian, hati mula memanjatkan ketidaksyukuran(astaghfirullah) dan otak mula merungkaikan pelbagai persoalaan dan jiwa mula mengeluh resah. Tiada sudut yang positif dari perbincangan itu dapat dirungkaikan. Ibu bapa pula yang dipersalahkan, hajat dihati juga turut menjadi pudar, dan masa depan mula kian kabur.

Doa yang dipanjatkan ketika kali pertama percubaan telah berubah, dan selepas percubaan kali kedua ini ia berubah lagi dan kini doaku cumalah mengharapakan pengampunan dan redha dariMu Ya Allah. Agar diri ini tidak sesekali ingin menentukan nasibnya sendiri walau kadar sekelip mata mahupun kadar yang lebih pendek dari itu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.


Peristiwa 1

Setelah usai solat zohor dan jemaah pula mula mengorak langkah keluar mengiringi mayat-mayat yang telah selesai disembahyangkan di sebaik-baik tempat ini. Ada juga yang memilih untuk merebuti peluang memiliki rahmat dengan melakukan tawaf, begitu juga dengan segelintir yang melakukan perkara seperti solat-solat sunat dan memandang baitullah. Semuanya bertujuan yang satu iaitu mencari keredhaanNya dan untuk memiliki rahmat yang dibawa turun oleh para malaikat pada hari itu sepertimana yang telah dinyatakan dalam sebuah hadith yang drekodkan oleh Ibn Abbas:


Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya Allah menurunkan 120 rahmat setiap hari, diturunkan kepada Kaabah; 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 untuk orang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”

Sedang aku memilih untuk melihat kaabah sambil membaca Al-quran sambil cuba merenungkan dan memanjangkan fikiran dengan cuba menjawab persoalan-persoalan dalam diri. Di sebelahku terdapat seorang anak kecil yang ceria bermain dengan ayahnya. Berulang kali dia pergi dan berpatah untuk mengambil air zam zam kerana patuh akan arahan ayahnya. Dengan wajahnya yang mulus dan perbuatan yang murni itu membuatkan saya gemar memerhatikan gerak gerinya. Setelah beberapa kali berulang-alik mengambil air zam zam untuk ayahnya, dia ditahan oleh seorang pakcik tua yang sedang membaca al-quran untuk meminta sedikit air zam zam bagi membasahi tekaknya.

Reaksi terkejut mula terukir di wajah anak kecil ini.

Lantas itu dia memandang wajah ayahdanya kerana inginkan apakah tindakan yang perlu dilakukan ketika itu. Tanpa sebarang kata dan dengan hanya berbekalkan reaksi wajah dari sang ayah, akhirnya si anak memberikan segelas zam zam di tangannya itu kepada pakcik tua tadi dengan wajah yang penuh ukiran senyuman.

Perbuantanya itu di ulangi semula kerana misinya yang sebenar iaitu mengambil segelas air zam zam untuk ayahnya masih belum tercapai. Sekembalinya ke tempat duduk ayahnya, si anak yang ceria ini aktif beraksi seperti anak-anak normal.

“Bubb” bunyik tendagan si anak itu mengenai pingangku. Terhenti seketika dari lamunan

“No woories I’m fine” lantas saya mengucapkan pada ayahnya.

Otak mula berfikir, kenapa rembatannya mengenai pada saya. Sedang saya adalah orang yang sibuk memerhatikannya dan mengagumi perilakunya. Ku panjatkan doa pada Rabbulizzati.

Ya Allah, Sesnugguhnya setiap yang berlaku itu ada padanya hikmah dan jadikanlah aku di antara hambaMu yang berfikir.

Si anak kecil ini mula mengorak langkah ke tong zam zam semula, dan di ambilnya segelas cawan dan di angkat tangannya member isyarat padaku seperti mahu mengisinya untuk diberikan pada ku.

Terkejut seketika degan reaksi si budak kecil ini. Aku hanya membuat raut wajah yang seolah-olah bertanyakan adakah isyarat itu untuk diriku?

Tanpa berlengah dia menghulurkanku segelas air zam zam itu.

“Jazakallah khair” balasku pada mereka berdua, si anak dan juga ayahnya.

Tersentuh hati dengan reaksi ini, aku memanjatkan doa agar Allah memelihara keluarga ini dari kepincangan dan agar mereka senantiasa di payungi akan RahmatMu Ya Allah.

Peristiwa 2

Aku bersama ayahnda melabuhkan diri di ruang solat setelah selesai solat tahiyatul masjid. Suara disekeliling di hiasi dengan suara beberapa budak-budak kecil yang sedang bermain. Sedang elok bersuka ria dengan gurau senda, salah seorang dari mereka terasa kesakitan lalu di isyaratkannya dengan tangisan yang kuat.

Si ayah mula mengapai anaknya lalu di ribakan dan dipujuk agar berhenti dari menangis. Akan tetapi tidak membuahkan hasil, lalu si ayah hanya mengambil tindakan yang agak ‘jelek’ iaitu dengan menutupi mulut si anak dengan tangannya yang bersaiz setengah dari muka si anak.

Aku mula terdetik di fikiran, kenapa dua situasi ini berlaku pada diriku dan aku mula memerhatikan wajah ayahndaku adakah dia turut sama memerhatikan situasi tersebut. Ternyata tidak.

Hati mula berbicara,apakah cara untuk mendapatkan sebuah jawapan?

Kekuatan sesorang mukmin itu adalah pada doanya. Setelah di panjatkan doa pada Ilahi akhirnya kutemui akan jawapannya.

Ibrah1

Benar secara permukaanya, institusi kekeluargaan itu adalah teras dalam membentuk keperibadian seorang anak. Seperti yang tercatat dalam hadith baginda Rasulullah saw yang lebih bermaksud akan seorang anak yang dilahir bagai kain yang putih itu akan tercorak oleh tindakan-tindakan ibu bapanya.

Persoalannya adakah wajar untuk dipersalahkan kepada ibu bapa atas ‘ketidakmenjadian’ seorang anak?

Mereka itu telah bertungkus lumus mencari nafkah bagi memenuhi keperluan keluarga, dimanakah silap mereka?

Adakah menjadi salah dengan mengurniakan segalah hajat sang anak?

Perlukah ibu bapa berubah penampilan dengan berpakaian ala-ala orang agama demi melahirkan anak yang berwatakan cemerlang dalam agama?

Benarkah semua mereka yang begini dapat melahirkan anak yang berjaya di sisi Islam?

Apakah hubungan manja dan romantik sang suami dan isteri tidak mampu memberi contoh yang baik kepada sang anak?

Mengerti akan ini, dimanakah sebenanya berlaku kesilapan dalam sesebuah institusi?

Ibrah 2

Adakah kesilapan sesebuah institusi adalah bermula dari titik awal permulaan gerbang perkahwinan?

Bukankah berkahwin itu menutupi pintu-pintu maksiat? Adakah salah memilih kahwin sebagai langkah menutupinya?

Hidup ini bahagia sekiranya ada teman sepanjang masa? Perkahwinan itu menjanjikan teman, adakah salah memilih kahwin sebagai langkah memilikinya?

Perkahwinan itu adalah sunnah. Adakah menjadi salah buat mereka yang ingin menegakkan sunnahnya?

Apakah I’tiqad sebenar mendirikan perkahwinan?

Jawaban

Pelbagai persoalan telah hadir di dada ku setelah hajat yang ku pinta di suarakan pada saluran yang betul tetapi telah ditengelami dengan pelbagai hujah-hujah yang membuntukan fikiran. Hampir sekelian lama ku mencari jawapan yang tidak kunjung tiba, namun usahaku yang sedikit itu ternyata di hargai oleh Sang Pencipta.

Segala Puji BagiMu Ya Allah kerana menganggap usahaku selama ini tidak pernah sia-sia.

Konklusi

Segala perbuatan adalah berpangkalkan niat seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Untuk melahirkan sebuah generasi yang bakal menegakkan agama Allah itu adalah I’tiqad sebeanr sebuah perkahwinan

Inilah yang perlu ada pada setiap jiwa-jiwa mereka yang mengakui Islam adalah agamanya dan sebagai perjuangan hidupnya.

“Ku bersyukur akan penanguhhan nikmat ini. Rupanya Kau ingin menyampaikan padaku sebuah jawapan yang bernilai tinggi buat diri ini. Benarlah Kau mengetahui akan sesuatu yang baik buat diri kami sedang kami hanya tahu sesuatu yang kami ingini ”


2 comments: