Wednesday, August 25, 2010

Benarkah ku beriman untukMu

Imanku tersentak. Telah di gerakkan hati ini untuk menyelak helaian-helaian akhbar yang terbiar di atas meja. Seperti biasanya tiada apa pun kolumn dan ruangan yang akan menarik hatiku untuk dibaca akan coretan dari penulis-penulis mahupun wartawan. Tetapi kali ini ianya berbeza, ruangan yang saya baca ini sangat bermakna buat diri ini dan sangat bersyukur kerana Allah menulis di kalamnya untuk memilih diri ini terbaca akan sebuah kisah yang sangat penting buat diri ini. Di saat ini hanya sujud syukur dan ucapan alhamdulilah dapat ku panjatkan untukMu Ya Rabb. Kisahnya bulat-bulat saya titipkan di blog ini agar ianya segar di ingatan ini dan justeru buat amatan bersama. Tercetusnya Kisah Pada suatu hari, malaikat berkumpul membicarakan mengenai ketaatan , keburukan dan kebaikan manusia. Semua malaikat memutuskan bahawa Nabi ayub manusia paling baik di dunia dan terbanyak ibadatnya kepada Allah serta paling tinggi keimananya. Dengan harta kekayaan, anak-anak yang ramai, Baginda tidak pernah terlambat beribadat dan bersujud kepada Allah. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak senang iblis. Lalu iblis memilih untuk menghadap ke Allah. “Ya, Tuhan! Hamba-Mu yang bernama Ayub itu bukanlah beribadat menyembah Engkau, bukan bersyukur memuji Engkau.” kata iblis ketika menghadap ke Allah. “Ibadat dan syukurnya itu hanya kerana hartanya yang banyak, keturunanya yang cukup. Dia menyembahkan Engkau itu hanya agar Engkau menabah nikmat itu buat dirinya.” sambungan tuturan iblis. “ Dia bersyukur kepada Engkau itu agar semua harta dan anak-anaknya itu tetap banyak, supaya kambing dan biri-birinya yang berjumlah ribuan itu tetap tidak berkurang, supaya unta dan lembunya yang berjumlah ratusan itu semakin Engkau tambah dan supaya binatang perliharannya semakin gemuk-gemuk dan kuat-kuat dan supaya anak lelaki dan perempuannya itu ditambah banyak lagi” tambahan dari iblis. “Cuba Engkau izinkan saya merampas harta kekayaan itu, tentu dia tidak akan menyembah Engkau lagi. Sebab itu cubalah izinkan saya, Ya Tuhan untuk melenyapkan semua harta kekayaan itu” pinta sang iblis. “Ayub adalah hamba-Ku yang beriman penuh dengan keimanan. Dia menyembah-Ku ini kerana menginsafi keharusan menyembah-Ku ini. Ibadatnya suci dan pengaruh harta dunia, suci dari sifat tamak” balas dari Allah. Iblis diberi izin untuk merampas kekayaan Ayub. Allah berfirman kepada Iblis : “Boleh kau cuba, kumpulkanlah semua kawan-kawanmu. Lakukanlah apa-apa yang kamu rencanakan itu. Perhatikanlah nanti kesudahannya!” Ujian Lantas itu iblis terus melenyapkan kekayaan Nabi Ayub dengan kehilangan semua binatang peliharaanya. Iblis dating kepada Ayub dengan membawa ucapan godaannya. “Sekarang hartamu musnah. Tuhan yang selalu engkau puji dan sembah itu, rupanya tidak menolongmu” godaan iblis. Kejadian ini menjadi buah mulut orang ramai di sekeliling Baginda. Pelbagai tohmahan mula terbit di bibir-bibir mereka . “Ayublah manusia yang paling baik dan paling ikhlas ibadatnya. Kenapa Tuhan tidak memelihara hartanya? Jika Tuhan Pengasih maka Ayublah yang paling pantas dikasihi dan ditolong Tuhan” bicara orang ramai. Ayub tidak memperdulikan kata-kata orang ramai, baginda tetap bersabar, malah semakin kuat ibadah kepada Allah. “Semua itu adalah kepunyaan Allah. Diberikan Allah kepadaku, kemudian diambil Allah kembali. Maka terpuji allah yang member harta itu kepadaku dalam masa yang begitu lama dan maha terpuji Tuhan yang mengambil kembali harta itu kerana memang milik-Nya” kata Baginda. “Puji bagi Allah yang member dan mengambil, diwaktu member nikmat-Nya dan menraik nikmat-Nya tiu kembali. Maha terpuji Tuhan yang mendatangkan bahagia dan menurunkan seksa” tambahan dari Baginda. “Dia Tuhan sekalian alam. Dia berkuasa memberi kekayaan bagi siapa yang Dia kehendaki dan menarik kekuasaan dan kekayaan itu dan siapa saja yang Dia kehendaki” bukti ketakqwaan baginda yang tetap utuh. Nabi Ayub kembali bersujud menyembah Allah dengan khusyuknya,lebih daripada biasa. Iblis amat kecewa. Iblis datang kembali bertemu dengan Allah. Hasutan “ Ayub menerima nikmat dengan pujian dan menerima cubaan dengan sabar, itu adalah disebabkan Ayub masih mempunyai anak yang banyak, kepada siapa dapat minta tolong dan dengan siapa dia dapat kaya kembali. Bila Engkau izinkan saya, Ya Tuhan untuk melenyapkan semua anak lelaki dan perempuannya, saya yakin bahawa Ayub akan nyata kekafiran dan keengkaran terhadap Engkau” pinta iblis yang penuh dengan sifat kejahatan. “Boleh engkau lenyapkan semua anak-anaknya, tetapi akan engkau perhatikan akan tetap imannhya dan takkan berkurang walau sedikit pun” balas Allah. Iblis kembali dengan mengumpulkan pembantunya dan memasuki istana Ayub lalu menewaskan mereka. Iblis mendapatkan nabi Ayub dan berkata: “Seluruh anak dan mahligaimu hancur luluh. Mereka ada yang mati. Demikianlah Allah membalas engkau, wahai Ayub atas semua ibadat engkau kepada Allah itu” Taqwa Dengan air mata bercucuran Ayub menjawab kepada iblis: “ Allah memberi, Allah mengambil, Allah menghidupkan dan Allah mematikan. Atas semua itu aku memuji akan Allah yang menjalankan hak-Nya itu” Nabi Ayub kembali bersujud menyembah dan memuji Allah. Iblis terus kecewa,tetapi tetap tidak berputus asa. Dia kembali mendapatkan Allah dan berkata: “Dengan lenyapnya kekayaan dan anak-anaknya itu, Nabi Ayub masih tetap bersabar kera dia yakin dengan badannya yang sihat dan kuat itu, dia masih dapat mengumpulakn harta dan beroleh anak kembali. Izinkan aku melenyapkan kesihatannya pula. Dengan hilangnya kesihatan badan dan berpenyakit, terbuktilah bahawa Ayub tidak ikhlas dalam ibadatnya kepada Engkau” pinta iblis yang tidak pernah puas dari usaha jahatnya. Tuhan ingin menjadikan nabi Ayub seorang hamba-Nya yang benar-benar teguh keimanannya, hamba yang tabah dan sabar, hamba yang bersyukur serta dan memuji-Nya yang dijadikan contoh bagi semua manusia. Iblis menjalankan tipu muslihatnya untuk menyesatkan keimanan nabi Ayub. Walaupun menerima penderitaan yang hebat, Baginda tetap bersyukur dan menyembah Tuhannya. Iblis kembali muncul, masuk ke dalam tubuh Ayub. Lalu meniupkan kepada Ayub penyakit yang berbahaya sehingga Nabi Ayub jatuh sakit terlantar. Makin hari semkin kurus badannya, dia tidak berdaya lagi, mukanya pucat namun penderitaan itu ditanggungnya dengan keimanan. Demikianlah penderitaan Nabi Ayub, bukan berhari-hari dan berbulan-bulan, tetapi bertahun-tahun lamanya sehingga keadaan badan nabi Ayub sungguh menyedihkan. Kewibawaan Seorang Isteri Tidak sesiapa yang dapat membantu. Namun hanya tinggal seorang teman yang masih berada di sampingnya iaitu isterinya Rahmah. Penderitaan Ayub dan isternya semakin hebat. Ayub dan isterinya tidak hanya kehilangan harta benda, anak-anak, kesihatan dan kawan akan tetapi turut menerima penghinaan dan ejekan dari kawannya sendiri. Rahmah memangku suaminya dan membawa ke luar kampung dan tinggal di sebuah pondok yang ditinggalkan. Di sanalah nabi Ayub dan isterinya menanggung derita dengan penuh kesabaran dan keimanan. Rahmah mengambil upah memotong roti. Setiap petang dia pulang mendapatkan suaminya dengan membawa beberapa potong roti yang dihadiahkan orang kepadanya. Tetapi selepas orang ramai taahu Rahmah itu isteri Ayub, penjual roti tidak membenarkan bekerja lagi kerana khuatir penyakit Ayub akan menular. Pasangan Kekasih yang Diredhai-Nya Kerana tiada pekerjaan beberapa hari lamanya mereka tidak makan dan minum. Tidak tahan menahan lapar dan dahaga, Rahmah minta izin kepada Ayub untuk mencari rezeki. “Ya Rahmah, janganlah engkau pergi meninggalkan aku seorang diri, aku takut kalau engkau tidak kembali lagi” luahan Nabi Ayub kepada isterinya yang tercinta. “Jangan khuatir, Ya Saiyidi, selagi hayat masih berada dalam tubuhku. Aku pergi hanya sebentar dan akan segera kembali lagi” sambut seorang isteri yang setia kepada suaminya yang dicintai. Maka pergilah Rahmah dan tidak lama kemudian dia pulang kembali dengan membawa sepotong roti dan membawa sepotong roti dan air minum. Rahmah menceritakan kepada sang suaminya akan bagaimana ia mendapatkan roti itu. Ya Saiyidi, aku bukan menjual kehormatan diriku, aku berlindung diri kepada Allah dari segala perbuatan yang menodaiku. Roti ini aku perolehi sebagai tukaran dengan rambutku yang panjang. Lalu Rahmah membukakan kepalanya yang tertutup itu, lalu ternampaklah kepalanya yang sudah botak itu. Melihat kejadian itu, Ayub berasa sangat sedih lalu menangis. “Janganlah engkau tangisi rambutku yang sudah hilang. Ketahuilah bahawa rambut itu akan tumbuh kembali dan mungkin akan lebih indah dari yang sudah ilang itu” pujuk sang isteri. Doa seorang nabi Mendengar jawab itu, nabi Ayub puas dan senang hati. Dia amat bersyukur, bertasbih, bertakbir memuji-muji Allah. Baginda terus bermunajat dengan seluruh jiwa raganya ke hadrat Tuhan: “Ya Allah,Tuhanku aku reda kalau Engkau cabut daripadaku akan nikmat-Mu yang bernama harta benda, anak dan kesihatan bahkan aku redha kalau Engkau cabut dariku akan segala darah dan dagingku, serta kalau perlu boleh cabut segala tulang-belulang dan semua anggota badanku. Hanya aku berharap agar jangan sampai engkau mencabut dua perkara nikmat-Mu iaitu akal fikiran dan lidahku kerana aku memerlukan akal dan fikiran itu, guna mengingat-Mu dan aku memerlukan lidah itu untuk dapat menyebut nama dan memuji-Mu. Moga Allah senantiasa menjadikan kita dalam golongan yang teguh bertaqwa. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment