Friday, April 9, 2010

Sinari Hidup Dengan Jasa.

Manfaatkan hidup ini dengan menabur kebaikan dan kasih sayang. Catatkan pengalaman hidup sebaik mungkin agar dengan lakaran itu, mati kita sekadar beralih tubuh, namun kesannya tinggal bersinar menyuluh.- saifulislam.com

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu)Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Friday, April 2, 2010

Pengalaman pertama kali.......

Alhamdulillah, segala puji terhadapNya yang telah banyak menganugerahkan nikmat yang tidak terhitung pada diriku dan ku panjatkan selawat ke atas junjungan mulia serta doa kepada para pejuang panji-panji agamaMu agar senantiasa dalam rahmatNya. Di atas keberkatan dan kerahmatan yang diperolehi, diri ini mampu menjadi di antara yang mampu berkongsi segala anugerah kenikmatannya. Semoga usaha ini dapatku teruskan selagi mana diri ini bergelar sang hamba. Doakan agar segala rahmatNya yang meliputi alam ini berada sentiasa bersama-sama mereka yang sering mendoakanku dan menyokongku.

Halimunan buat seketika

Kemana hilangnya seseorang mula menjadi tanda tanya setelah ketiadaannya itu tanpa sebarang alasan yang pasti. Pada mulanya terdetik di hati ini akan kemana hilangnya ‘ceria’ di dalam diri ini. Hampir diri ini mejadi jemu dengan kehilangannya hari demi hari. Benar, kata orang hidup dengan ceria adalah dengan memberi keceriaan pada orang sekeliling. Tapi hakikatnya adakah diri ini terlalu kikir dalam memberi keceriaan. Persoalan demi persoalan mula timbul dalam pikiran seorang anak adam. Patutkah ceria itu dicari bagaikan mencari barang yang hilang ketika di sedari dari lamunan. Tanpa pemikiran yang panjang, permulaan pencarian di teruskan dengan azam pastikan ku temuinya pada hari ini juga. Membawa diri dengan sendiriannya menelusuk ke persada jalanan di kota yang sibuk dengan menikmati pandangan yang serba duniawi ini membuatkan diri ini mula terpikir akan soal dunia yang telah lama di ketepikannya. Apakah ini yang aku cari? Adakah kehilangan sifat diri ini yang selama ini kucari telah ketemui. Pantasnya penemuan ini. Oh Allah, kepada kaulah aku meminta pertolongan. SesungguhNya kau yang amat memahi jiwa hambamu melebihi hati kami sendiri. Aku mohon padamu Ya rabb, ketemukanlah apa yang ku cari ini. Seandainya ini bukan jalan yang terbaik buat diriku, ku terima dengan reda kerana kau yang lebih berhak dan kau tidak akan sesekali menganiaya hambamu. Langkah demi langkah di teruskan, sesekali teringat pada zaman2 lampau di saat melalui kawasan-kawasan yang mempunyai kenanganya Akan tetapi itu tidak membantu untuk menemukan akan jawapan.

Muhasabah diri terus di terajui sepanjang perjalanan pencarian ini. Sesekali akal menjadi kosong dan buntu seolah-olah tiada apa yang mampu untuk di fikirkan. Kemana hilangnya fakulti-fakulti minda yang dibina selama ini yang pembentukannya memakan hampir suku abad. Adakah ianya hanya terletak di atas ‘scroll’ yang di genggam ketika berjabat di atas pentas dunia para pelajar. Inferior mula benak di akal fikiran. Terasa diri ini amat lemah dan sangat ketinggalan. Bukan ini Muslim jati diri yang di kehendaki oleh islam. Mana pergi semangat dan darah para cendiakawan dunia yang banyak memberi anjakan dalam mengubah aliran dunia dengan bermulanya di kawasan yang bergelar Andalusia. Takkan ianya hanya di warisi oleh mereka-mereka yang tidak mengenal apa itu soal ketuhanan. Lemah dan bangun diri seseorang jelas kelihatan terletak pada ‘scroll’ yang digengam ketika ini. Tapi tangapan itu sama sekali meleset sekiranya diamati dengan terperinci , apabila hidup berpestakan ilmu yang tidak bermanfaat yang memang menjadi agenda para-para cendiakawan barat jelas umat kini menjelajah mengikuti perjalanan mereka yang kononya ingin berjaya mencapai nama di dunia walhal yang dikecapi adalah lubang biawak seperti menurut kata pemimpin yang ummi. Jelas sekali kejayaan adalah berpegang pada prinsip dan pegangan di sisi Tuhan.

Tatkala manusia sekeliling sibuk dengan mencari kesenangan dan menikamti kebahagiaan, diri ini masih lagi terkabur akan jawapan dimana sepinya sang keceriaan. Bukan niat untuk tidak mensyukuri akan segala kenikmatan yang di anugerahkan seperti kesenagan dan kebahagiaan. Cuma merasakan tidak sempurna hidup tanpa kehilangan sinar keceriaan. Tapi adakah itu hakikat yang sebenar untuk dijadikan pencarian. Atau ada yang tersirat disebalik keceriaan. Jelas yang ku tergambar di saat ini adalh keredhaaNya. Benarkah aku memahami apa yang dimaksudkan akan ‘redha’. Terkedu seketika setelah beratus dan beribu kalinya perkataaan ini di sebut-sebut tidak kira melalui penyampaian sesama insan mahupun penyampaian ketika bertemu Tuhan namun diri masih belum jelas akan definasinya. Ternyata disinilah puncanya. Oh Tuhan yang memiliki sekelian alam, aku terharu akan jalan yang telah tetapkan padaku ini, dengan segala pemahaman ku terhadap ilmu kehidupan yang kau anugerahkan ini. Kau tambahkanlah pemahaman ini terhadap diriku dan kau senantiasa lah bimbingi aku dan keluagraku dan mereka-mereka yang berada sesamaku serta seluruh umat islam ini ke atas jalanMu yang kau turuti dan sanjungi. Dan kau anugerahkanlah rahmatmu keatas mereka-mereka yang banyak ‘memberi’ ke atas diriku ini.

Redha yang kudambakan, inilah yang kutagihkan setelah sekian lama pencarian dijalankan akhirnya Kau temukan ku juga dengannya. Bersyukurku yang tidak terhingga padaMu yang Maha Pengasih. Jelas sekali keredhaanMu itu akan mengiringi bagi mereka yang mengikuti jalan-jalan yang telah Kau tetapkan berzaman-zaman dan berkurun lamanya dan sama pada semua yang bergelar hamba. Kini perlu dipastikan agar segala yang dilakukan pastilah menepati ciri-ciri yang Kau dambakan. Terdahulu kau ampukanlah diri ini yang lemah dan daif atas segala ketelanjuran yang selama ini telah bannyak dilakukan. Dan maafkanlah aku seandainya ku terlupa dan berikanlah aku ruang sepanjang proses pembaikian diri ini. Detikanlah di hati ini agar senantiasa mengingatimu dalam apa jua yang dilakukan. Kau cantikkanlah akhlak hambamu ini sepertimana kau cantikkan ciptaanMu ini. Lindungilah hati ini dari pintu-pintu mazmumah yang jelas membawakan kepada kegelapan yang pasti sukar untuk di pulihkan.

Allahuma Amin.

Pencarian menemui jawapan dengan usaha dan kejayaan datang hanya dengan kuasaNya.

Hidup terus mencari……….

Maka sesunguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesunguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

( Asy-syarh:5-6)